Thursday, February 11, 2016

KOLEKSI RESEPI AIR DETOX-SUMBER FB

1. Resepi Air Detox Nanas dan Anggur Merah

Rasanya yang manis ( tetapi tidak terlalu manis ) adalah sangat menyegarkan , terutama apabila anda minum sejuk . Pada yang tak suka minum air kosong boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan:
Air kosong / Air Mineral,
Buah anggur merah - dibelah dua
2-3 keping nanas yang telah dihiris

Nota: boleh gunakan seberapa banyak buah anggur yang anda suka terpulang pada citarasa masing-masing.

Cara penyediaan:
Satukan kesemua buahan didalam balang / jag air. Kemudian tuangkan air kosong. Simpan di dalam peti sejuk dalam 3-4 jam sebelum dihidangkan.Hidangkan sejuk. Jika tidak suka sejuk boleh dibiarkan diluar selama 3-4 jam.

Kelebihan buah anggur masih enak walaupun sudah digunakan jadi selepas selesai minum anda boleh nikmati buah anggur tadi.

2. Resepi Air Detox Buah timun dan lemon

Bahan-bahan:
2 liter air kosong
Timun dipotong ikut suka
Buah lemon - dihiris atau diperahkan jusnya kedalam air
3-4 helai daun pudina


Cara penyediaan:
Campurkan semua bahan-bahan di dalam bekas kedap udara, masukkan air dan biarkan di dalam peti sejuk selama1-2 jam. Boleh juga diletakkan diluar untuk yang tidak suka sejuk. Jika tiada buah lemon boleh gantikan dengan buah limau nipis.


3. Resepi Air Detox Strawberry dan tembikai

Bahan-bahan:
2-3 biji buah strawberry dihiris
Buah tembikai di potong kiub - terpulang pada anda banyak mana yg anda suka
2-3 helai daun pudina
2 liter air kosong / air mineral

Cara penyediaan:
Masukkan semua buahan yg telah dipotong ke dalam jag / balang. Kemudian isikan air mineral biarkan selama 2 ke 3 jam. Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk untuk anda yg suka minum sejuk. Selamat mencuba.


4. Resepi Air Detox untuk mengawal selera makan dan mencantikkan kulit

- buah lemon jika 1000 ml air sebaiknya guna 1-2 hiris shj takut jd terlalu masam dan pahit
- buah strawberry dihiris
- buah apple dipotong baji
- beberapa helai daun pudina
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis / stgh batang kulit kayu manis
- Air kosong / Air Mineral

Kebaikan bahan-bahan ini:

*Kayu manis: melancarkan peredaran darah dan mengawal kandungan gula dalam darah. Ini membantu anda makan pada kadar yg sedikit dan membantu mengawal kalori yg diperlukan.

*Apple: mengandungi Vitamin C untuk kecantikan kulit, menjaga dan memelihara tulang dan membantu penyembuhan luka yg cpt
*Strawberries: anti penuaan, anti oksidan dan melicinkan kulit.
*Daun pudina: melancarkan sistem perkumuhan.
*Lemon: mengatasi sembelit dan membantu membakar lemak di dalam badan


5. Resepi air detox Apple dan kulit kayu manis

Buat dalam 2 liter air, dan boleh re-fill 3 atau 4 kali sebelum menukar hirisan buah apple dan kulit kayu manis yang baru.

Bahan-bahan:
Sebiji buah apple dipotong nipis, tak kisah jenis apple yang anda gemari.
1 batang kayu manis

Cara Membuatnya:

  • Masukkan buah apple yang telah dihiris kedalam balang. Masukkan air kosong, kemudian masukkan sebatang kayu manis, dan jika suka boleh letak beberapa kiub ais kedalam air tersebut. Biarkan sekurang-kurangnya satu jam dan bolehlah terus diminum atau boleh juga letak didalam peti sejuk jika suka.
  • Boleh tambah kulit kayu manis jika suka rasa yang lebih kuat.

Kebaikan air detoks ini: Meningkatkan tahap metabolisma dalam badan.


6. Resepi Air Detoks Mangga dan Daun Pudina

Bahan-bahan:
2 tangkai daun pudina segar ( atau kira-kira 8 helai daun kecil )
1/2 biji mangga , dibuang kulit dan dipotong mengikut citarasa anda
Air kosong / Air Mineral

Cara penyediaan:
Campurkan daun pudina dan hirisan buah mangga didalam air dan biarkan selama 3-4 jam pada suhu bilik atau pada yang suka sejuk boleh disimpan didalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
* mangga masak akan mempunyai rasa yang lebih sedap dan manis berbanding mangga yang muda



7. Resepi Air Tropikal Nanas dan Oren

Bahan-bahan:
2 liter air kosong / air mineral
Sebiji buah oren - dihiris 
2 atau 3 hiris nenas - sedap jika guna nenas yg ranum masak

Cara penyediaan:
Campurkan kesemua hirisan buah nanas dan oren kedalam jug / balang air. Kemudian masukkan air kosong dan biarkan selama 1-2 jam sebelum dihidangkan. Jika suka sejuk boleh masukkan kedalam peti sejuk atau campurkan ais kiub. Selamat mencuba

Kebaikan buah nanas dan oren: kaya dengan Vitamin C, banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti meningkatkan imunisasi dalam badan juga membaiki sistem penghadaman dan mencantikkan kulit.


8. Resepi air detoks Teh Hijau - untuk menurunkan berat badan.

Bahan bahan:
- Seuncang teh hijau
- Sebiji lemon
- Sesudu madu
- Air kosong / air mineral

Cara cara:
- Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika
- Hiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol
- Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi
- Isikan air kosong sehingga separuh botol
- keluarkan uncang teh hijau dan ketepikan
- Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon
- Isi air kosong / air mineral sehingga penuh sebotol
- Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk.




9. Air Barli Lemon - Resepi Turunkan Kolesterol

Air Barli dengan Lemon ini amat bagus untuk menurunkan kolestrol, menurunkan berat badan, mencegah jangkitan saluran kencing, mencegah batu karang, anti-bakteria (bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema) & mengawal gula dalam darah.




Bahan-Bahan:

Barli biji
Madu
Lemon

Cara-Caranya:

Basuh barley & rendam seketika.
Masak barli sehingga lembut.
Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.

Haa..dah tau resepi dan cara buat kan..apalagi..cubalah buat sendiri,pasti puas hati -:)

No comments:

Post a Comment