Friday, January 29, 2016


SIHAT.CERGAS.CERIA.




APA ITU SAKIT PINGGANG??

Sakit pinggang bermaksud lenguh-lenguh dan sakit-sakit di bahagian belakang pinggang. Ianya biasa terjadi kepada mereka yang melakukan aktiviti mengangkat benda yang berat dan juga kepada mereka yang duduk pada posisi yang membongkok terlalu lama.

Dua keadaan ini akan memberi tekanan kepada otot belakang dan juga kadangkala boleh sampai keperingkat menekan urat saraf tulang belakang dan mendatangkan kesakitan yang amat sangat.

Keadaan dimana tulang belakang yang menekan urat saraf ini dipanggil SLIP DISK.
Untuk keadaan yang paling teruk doktor akan menyarankan pesakit slip disk ini melakukan pembedahan tulang belakang dan kadang2 ianya akan mendatangkan kesan yang buruk setelah beberapa ketika.Bagi saya ianya bukan jalan yang terbaik kerana keadaan tulang belakang pesakit slip disk boleh menjadi lebih teruk.

Saya juga mengalami sakit belakang yang sudah menghampiri tahap serius di mana tulang belakang saya yang didapati menekan urat saraf saya. Keadaan ini membuatkan saya sangat tidak selesa kerana ia membataskan aktiviti saya. 

Kini saya tidak dapat duduk atau mencangkung walaupun hanya dalam tempoh setengah jam pasti sakit belakang saya akan datang.Setelah berjumpa doktor apa yang saya dapati ialah punca saya mengalami sakit belakang ini adalah kerana faktor pekerjaan dan faktor pemanduan yang terlalu lama di dalam kereta.

Mengangkat barang berat dengan posisi yang salah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya mengalami sakit belakang ini dan posisi duduk di dalam kereta yang tidak sesuai juga menyebabkan terjadinya sakit belakang saya ditambah pula dengan pemanduan yang agak lama setiap hari.

Saya nekad yang saya perlu atasi dua masalah di atas. Alhamdulillah setelah setahun mencari tempat kerja yang dekat dengan rumah akhirnya Allah makbulkan doa saya. Kini jarak perjalanan dari tempat rumah hanya memakan masa selama 10 minit sahaja. 
Tak perlu berada didalam kereta dua jam setiap hari pergi dan balik :-)

Kalau sakit pinggang anda hanya sementara sahaja dan tidak berkaitan dengan masalah penyakit kronik, anda boleh ikuti 6 cara paling mudah untuk melegakan sakit pinggang dengan cepat.


1) DUDUK




Kebanyakan orang yang bekerja di pejabat lazimnya akan duduk selama antara 40-80 jam seminggu. Untuk itu, sewaktu bekerja cubalah duduk tegak tetapi santai dengan punggung dan belakang anda rata ke sandaran kerusi.


2) BERDIRI




 Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk banyak berjalan, maka berjalanlah dengan tegap dan tegak. Untuk wanita, elakkan memakai kasut tumit tinggi.


3)  MEMBONGKOK




Untuk mencegah sakit pinggang menjadi lebih parah, elakkan daripada membongkok.Jika mahu mengambil barang di lantai, bengkokkan lutut anda lalu angkatlah benda tersebut sedekat mungkin dengan anda. Cuba dapatkan bantuan rakan-rakan jika benda tersebut agak berat.



4) MEMANDU KENDERAAN





Sewaktu memandu, cubalah bersandar sepenuhnya dan jika perlu tambahkan lapik atau bantal pada tempat bersandar. Untuk perjalanan jauh, luangkanlah masa untuk berhenti dan berehat sekejap, mungkin dua atau tiga kali setiap kali dua jam memandu.

Andainya anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, bawalah bertenang. Suasana tegang akan memburukkan lagi sakit pinggang.


5) TIDUR



                                                  Tidur cara Rasulullah SAW


Kedudukan sewaktu tidur juga perlu diambil kira. Tidurlah di atas tilam yang agak padat dan anjal. Jangan tidur di atas tilam yang lembut kerana ini akan menyakitkan tulang belakang. Jika anda suka tidur mengiring, bengkokkan lutut ke depan.


6) RIADAH




Sebaik-baiknya cubalah amalkan gaya hidup yang aktif. Selalulah berolahraga meskipun yang ringan tetapi biarlah konsisten agar otot tetap sihat dan kuat sehingga dapat menahan beban dan tekanan fizikal.


PUNCA MASALAH SAKIT BELAKANG



Slipped Disc

Sakit belakang boleh disebabkan oleh 3 perkara, iaitu penyakit belakang belakang badan, masalah sakit puan, dan faktor dari bahagian badan yang lain.
Secara terperinci dinyatakan di bawah:

Punca 1 : Masalah Pergerakan

Masalah pergerakan ataupun masalah mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.
Pergerakan tersebut boleh merangkumi semasa anda membongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya.

Kebiasannya masalah ini berlaku disebabkan tulang belakang anda sudah haus ataupun tulang belakang anda sudah tua.
Apabila ini berlaku, cakera (disc) yang menyambung tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang fleksibel.

Hal ini membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan pergerakan yang berat dan kuat.

Punca 2: Kecederaan

Kecederaan tulang belakang seperti terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat sementara atau kronik.Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau mengangkat secara tidak wajar. 

Vertebra yang patah sering terjadi akibat daripada osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan lemah tulang poros.Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.

Punca 3: Penyakit

Terdapat banyak masalah kesihatan boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah sakit belakang. Ini termasuklah :

1. Scoliosis – Ini menyebabkan lengkungan kepada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya tua.




2. Spondylolisthesis – Ini merangkumi pelbagai jenis arthritis, (termasuklah osteoarthritis, rheumatoid arthritis, dan ankylosing spondylitis)

3. Spinal stenosis – Ini berlaku kerana tulang belakang yang membengkok dan memberikan tekanan kepada tulang belakang dan urat.

                                                   Spinal Stenosis


4. Endometriosis – satu kondisi di mana pembentukan tisu uterine yang berlaku di luar uterus.

5. Fibromyalgia – keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.

6. Semasa dan selepas seseorang mengandung.



7. Penghidap batu karang, ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya.Masalah vertebrata selalunya berlaku kerana pesakit mempunyai osteoporosis, (kondisi yang menyebabkan tulang lemah dan rapuh).

Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.Namun, sakit belakang jarang disebabkan oleh jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.

PUNCA 4 : Jangkitan dan Barah

Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis, ataupun apabila melibatkan disc di antara vertebrae (discitis).

Barah, juga dianggap jarang menyebabkan sakit belakang.Hal ini kerana barah jarang bermula dari belakang badan, selalunya bermula dengan organ-organ dalaman. Sekiranya berlaku barah pada tulang belakang, ia ada kemungkinan disebabkan barah yang bermula dari bahagian badan yang lain.

PUNCA 5: Tekanan Diri (Stress)



Walaupun sakit belakang sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan jiwa boleh mengakibatkan sakit belakang dan menentukan berapa lama ia akan bertahan.

Tekanan diri boleh memberikan kesan yang negatif kepada badan, termasuklah menyebabkan otot belakang menjadi tegang dan menyakitkan. Sekiranya tekanan diri anda tidak di atasi dengan betul, ia boleh berlarutan.Selain itu, insomnia dan kurang tidur juga boleh mengakibatkan sakit belakang.



CARA MERAWAT DAN MENGHILANGKAN SAKIT BELAKANG

1. Kurangkan Baring

Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang menghidapi masalah sakit belakang jangka masa yang singkat mengalami kesakitan yang lebih jika mereka tidak kekal aktif dalam kehidupan seharian mereka.

Berdasarkan Mike Flippin, MD, pakar bedah tulang belakang di San Diego menyatakan bahawa sesiapa yang mengalami sakit belakang, perlu bergiat aktif dan kerapkan melakukan pergerakan badan.

2. Banyakkan Senaman

                                     

 Pergerakan dan senaman boleh membantu perkembangan tulang belakang. Tidak kiralah senaman apa yang anda akan lakukan, bahkan dengan sekadar berjalan bersiar-siar di taman boleh membantu mengurangkan masalah tulang belakang.

Dengan berbuat demikian, anda boleh memperbaiki kedudukan badan, dan bukan hanya dengan duduk untuk jangka masa yang lama.

3. Beraktiviti Dalam Kedudukan Yang Betul


Kebanyakan masalah sakit belakang juga boleh dikaitkan dengan kedudukan yang tidak tepat semasa beraktiviti, ini merangkumi semasa anda duduk, berdiri, berlari dan mahupun tidur.

Kedudukan yang tidak betul dan tepat dengan pergerakan yang anda lakukan boleh memberikan tekanan yang lebih kepada tulang belakang. 

Ini menyebabkan anda merasa kesakitan semasa melakukan perbuatan tersebut. Kesakitan tersebut boleh memberikan rasa sakit semasa ataupun selepas anda melakukannya.

4. Dapatkan Nasihat Daripada Pakar

Dapatkan panduan dan senaman yang khusus adalah perkara yang penting sekiranya anda ingin mengatasi masalah sakit belakang yang kronik.Sakit belakang ini tidak boleh dirawat dengan satu jenis ubat dan senaman.

Anda perlu mencari seorang pakar dalam tulang belakang dan mendapatkan nasihat daripada mereka. Minta mereka mencadangkan cara untuk memperbaiki masalah tersebut.

5. Kuatkan Anggota Badan Anda

Mempunyai otot yang kuat boleh membantu anda dalam mengatasi masalah sakit belakang.Selain itu dengan gabungan tulang belakang yang kuat, juga boleh membantu anda memperbaiki masalah sakit belakang.

Dengan hal demikian, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai kuantiti protein dan kalsium yang tinggi.

6. Pertingkatkan Tahap Fleksibiliti

Memberikan tekanan yang tinggi kepada badan boleh menyebabkan masalah sakit belakang. Hal ini boleh diatasi dengan anda meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda.

Dengan ini, badan anda boleh menyesuaikan diri dalam kebanyakan keadaan.
Boleh boleh tingkatkan tahap fleksibiliti badan dengan senaman memanaskan badan, sepertimana yang anda lakukan sebelum melakukan senaman yang berat. Perkara yang perlu dititik beratkan adalah regangan pada badan anda.

7. Menggunakan Teknik Penenang

Kajian membuktikan bahawa aktiviti seperti meditasi, mengambil nafas panjang, tai chi dan lain-lain boleh membantu menghilangkan sakit belakang. Jiwa akan berhubung dengan anggota badan anda, Sekiranya fikiran anda sedang bercelaru, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada badan anda.


 8. Ais dan Haba



 Pad ais dan pad haba boleh melegakan otot semasa bersenam. Para doktor mencadangkan pemakaian pad ais 48 jam setelah mengalami kecederaan dan gantikannya dengan pad haba sejurus selepas itu. 

Namun begitu, semuanya terserah kepada anda jika anda lebih selesa dengan mana-mana pad. Asalkan kulit dan kawasan yang sakit itu dilindungi dengan baik.

9. TIDUR DENGAN  POSISI YANG BETUL.


Dapatkan masa tidur yang cukup adalah penting, sama juga posisi anda tidur. Sekiranya anda tidur dalam posisi yang tidak tepat ataupun tidur diatas tilam yang tidak sesuai boleh menyebabkan sakit belakang.

Sekiranya anda dapati anda mengalami masalah tidur, mungkin beberapa tips ini boleh membantu.Letakkan bantal di bawah buku lali anda.Ini boleh menetapkan posisi anda semasa tidur.Elakkan tidur meniarap kerana boleh memberikan tekanan kepada belakang.

10. BERHENTI MEROKOK


Selain menyebabkan kanser dan memusnahkan paru-paru anda, merokok juga salah satu faktor berlakunya masalah sakit belakang.Kajian dilakukan oleh Jurnal Perubatan Amerika membuktikan bahawa perokok mempunyai kecenderungan untuk mendapat masalah sakit belakang berbanding dengan bukan perokok.

Nikotin boleh menyebabkan pengecilan urat darah dan menghadkan oksigen kepada tisu-tisu yang memerlukan. Dan ini menyebabkan rasa sakit dalam jangka masa yang lama.

11.Terapi

Emosi dan tekanan juga memainkan peranan dalam masalah sakit belakang. Dengan menjalani terapi, anda boleh meringankan kesakitan sakit belakang. Anda juga boleh merawat masalah ini secara total dengan kaedah dan pendekatan yang betul.

12.Memakai Pendakap Badan Yang Sesuai

Pendakap badan ataupun pendakap otot (braces) boleh menguatkan otot badan anda. Pendakap boleh memberikan tekanan kepada badan seperti mana aktiviti mengangkat berat. 

Namun jangan terlalu memaksa, kerana boleh menyebabkan masalah lain kepada badan. Buat permulaan anda boleh memakainya selama 15 minit dan berikan badan anda berehat seketika. 

Pemakaian yang berpanjangan akan menyebabkan badan anda lemah dan otot juga akan letih. Setelah beberapa hari barulah pesakit digalakkan memakai selama yang mungkin kerana badan telah dapat menyesuaikan diri dengan baju pendakap tersebut.

Jika anda sedang mencari produk selain daripada memakan ubat ubatan,maka saya mengesyorkan anda untuk mencuba produk WAIST SUPPORT ini.

Ia merupakan baju yang menyokong dan menegakkan kedudukan tulang belakang anda.

Di samping itu juga produk ini disarankan penggunaannya oleh doktor doktor pakar diseluruh dunia. Antara kebaikan produk ini adalah:-

  • Produk yang dicipta untuk menyokong tulang belakang dan mengurangkan kesakitan akibat aktiviti harian.
  • Berfungsi diantara bahagian bawah  tulang rusuk dengan tulang pinggul (S1, L5, L4, L3, L2, L1, T12, T11). 
  • Dicipta dan diperkenalkan oleh doktor bedah tulang hasil dari eksperimen dan penelitian terhadap para pesakit.  
  • Sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti seharian mahu pun ketika tidur.
  • Boleh dibasuh menggunakan tangan atau mesin.
  • Dibuat daripada cotton untuk mencegah iritasi kulit.
  • Mudah dipakai dan ditanggalkan.
  • Rekaan yang ergonomic memberikan keselesaan yang maksimum.
  • Kuat dan tahan lama.
  • Variasi ukuran pinggang bertujuan hasil yang maksimum. 

Ukuran pinggang dan harga
·        (23-24 inches) =size M -RM110 
·        (35-39 inches)= size M+extender-RM120 
·        (40-44 inches)=size XL-RM120 
·        (45-50 inches)=size XXL-RM140 
·        (51-56 inches)=size XXL+extender-RM150  

                             
                                                     Waist Support

Jadi tunggu apa lagi hubungi saya untuk pembelian 

Baju Waist Support ini !!!

Msg/Whatsapp=012-6774094

Ahmad Danial B. Mohd Arif

Maybank=152050062027