SIHAT.CERGAS.CERIA.
APA ITU
SAKIT PINGGANG??
Sakit pinggang bermaksud lenguh-lenguh dan sakit-sakit di bahagian belakang pinggang. Ianya biasa terjadi kepada mereka yang melakukan aktiviti mengangkat benda yang berat dan juga kepada mereka yang duduk pada posisi yang membongkok terlalu lama.
Dua keadaan ini akan memberi tekanan kepada otot belakang dan juga kadangkala boleh sampai keperingkat menekan urat saraf tulang belakang dan mendatangkan kesakitan yang amat sangat.
Keadaan dimana tulang belakang yang
menekan urat saraf ini dipanggil SLIP DISK.
Untuk keadaan yang paling teruk
doktor akan menyarankan pesakit slip disk ini melakukan pembedahan tulang
belakang dan kadang2 ianya akan mendatangkan kesan yang buruk setelah beberapa
ketika.Bagi saya ianya bukan jalan yang terbaik kerana keadaan tulang belakang
pesakit slip disk boleh menjadi lebih teruk.
Saya juga mengalami sakit belakang
yang sudah menghampiri tahap serius di mana tulang belakang saya yang didapati
menekan urat saraf saya. Keadaan ini membuatkan saya sangat tidak selesa kerana
ia membataskan aktiviti saya.
Kini saya tidak dapat duduk atau
mencangkung walaupun hanya dalam tempoh setengah jam pasti sakit belakang saya
akan datang.Setelah berjumpa doktor apa yang saya dapati ialah punca saya
mengalami sakit belakang ini adalah kerana faktor pekerjaan dan faktor
pemanduan yang terlalu lama di dalam kereta.
Mengangkat barang berat dengan
posisi yang salah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya mengalami
sakit belakang ini dan posisi duduk di dalam kereta yang tidak sesuai juga
menyebabkan terjadinya sakit belakang saya ditambah pula dengan pemanduan yang
agak lama setiap hari.
Saya nekad yang saya perlu atasi dua
masalah di atas. Alhamdulillah setelah setahun mencari tempat kerja yang dekat
dengan rumah akhirnya Allah makbulkan doa saya. Kini jarak perjalanan dari
tempat rumah hanya memakan masa selama 10 minit sahaja.
Tak perlu berada didalam kereta dua
jam setiap hari pergi dan balik :-)
Kalau sakit pinggang anda hanya
sementara sahaja dan tidak berkaitan dengan masalah penyakit kronik, anda boleh
ikuti 6 cara paling mudah untuk melegakan sakit pinggang dengan cepat.
1) DUDUK
Kebanyakan orang yang bekerja di
pejabat lazimnya akan duduk selama antara 40-80 jam seminggu. Untuk itu,
sewaktu bekerja cubalah duduk tegak tetapi santai dengan punggung dan belakang
anda rata ke sandaran kerusi.
2) BERDIRI
Jika pekerjaan anda memerlukan anda
untuk banyak berjalan, maka berjalanlah dengan tegap dan tegak. Untuk wanita,
elakkan memakai kasut tumit tinggi.
3) MEMBONGKOK
Untuk mencegah sakit pinggang
menjadi lebih parah, elakkan daripada membongkok.Jika mahu mengambil barang di
lantai, bengkokkan lutut anda lalu angkatlah benda tersebut sedekat mungkin
dengan anda. Cuba dapatkan bantuan rakan-rakan jika benda tersebut agak berat.
4) MEMANDU KENDERAAN
Sewaktu memandu, cubalah bersandar
sepenuhnya dan jika perlu tambahkan lapik atau bantal pada tempat bersandar.
Untuk perjalanan jauh, luangkanlah masa untuk berhenti dan berehat sekejap,
mungkin dua atau tiga kali setiap kali dua jam memandu.
Andainya anda terperangkap dalam
kesesakan jalan raya, bawalah bertenang. Suasana tegang akan memburukkan lagi
sakit pinggang.
5) TIDUR
Tidur
cara Rasulullah SAW
|
Kedudukan sewaktu tidur juga perlu diambil kira. Tidurlah di atas tilam yang
agak padat dan anjal. Jangan tidur di atas tilam yang lembut kerana ini akan
menyakitkan tulang belakang. Jika anda suka tidur mengiring, bengkokkan lutut
ke depan.
6) RIADAH
Sebaik-baiknya cubalah amalkan gaya
hidup yang aktif. Selalulah berolahraga meskipun yang ringan tetapi biarlah
konsisten agar otot tetap sihat dan kuat sehingga dapat menahan beban dan
tekanan fizikal.
PUNCA MASALAH SAKIT BELAKANG
Slipped Disc
Sakit
belakang boleh disebabkan oleh 3 perkara, iaitu penyakit belakang belakang
badan, masalah sakit puan, dan faktor dari bahagian badan yang lain.
Secara
terperinci dinyatakan di bawah:
|
Punca 1 : Masalah Pergerakan
Masalah pergerakan ataupun masalah
mekanikal badan boleh dikesan sekiranya anda merasakan kesakitan apabila
melakukan pergerakan yang melibatkan tulang belakang.
Pergerakan tersebut boleh merangkumi
semasa anda membongkok, semasa mengangkat barang yang berat dan selainnya.
Kebiasannya masalah ini berlaku disebabkan tulang belakang anda sudah haus
ataupun tulang belakang anda sudah tua.
Apabila ini berlaku, cakera (disc)
yang menyambung tulang-tulang belakang akan hilang keberkesanan dan hilang
fleksibel.
Hal ini membawa kepada masalah sakit belakang sekiranya anda melakukan
pergerakan yang berat dan kuat.
Punca 2: Kecederaan
Kecederaan tulang belakang seperti
terseliuh dan tulang patah boleh menyebabkan sakit belakang sama ada bersifat
sementara atau kronik.Terseliuh boleh berlaku sekiranya ligamen berpusing atau
mengangkat secara tidak wajar.
Vertebra yang patah sering terjadi akibat daripada osteoporosis, satu keadaan yang menyebabkan lemah tulang poros.Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh kecederaan yang lebih teruk akibat daripada kemalangan dan jatuh.
Punca 3: Penyakit
Terdapat banyak masalah kesihatan
boleh menyebabkan atau menyumbang kepada masalah sakit belakang. Ini
termasuklah :
1. Scoliosis – Ini menyebabkan lengkungan kepada tulang belakang, biasanya mengakibatkan rasa sakit sehinggalah seseorang yang mengalaminya tua.
2.
Spondylolisthesis – Ini merangkumi pelbagai jenis arthritis, (termasuklah
osteoarthritis, rheumatoid arthritis, dan ankylosing spondylitis)
3.
Spinal stenosis – Ini berlaku kerana tulang belakang yang membengkok dan
memberikan tekanan kepada tulang belakang dan urat.
Spinal
Stenosis
|
4.
Endometriosis – satu kondisi di mana pembentukan tisu uterine yang berlaku di
luar uterus.
5.
Fibromyalgia – keletihan, kelemahan dan kesakitan pada otot badan.
6.
Semasa dan selepas seseorang mengandung.
7.
Penghidap batu karang, ataupun mengalami jangkitan semasa menghidapinya.Masalah
vertebrata selalunya berlaku kerana pesakit mempunyai osteoporosis, (kondisi
yang menyebabkan tulang lemah dan rapuh).
Walaupun osteoporosis tidak menyebabkan kesakitan, ia boleh memberikan kerapuhan yang teruk kepada tulang belakang.Namun, sakit belakang jarang disebabkan oleh jatuh dari tempat yang tinggi ataupun kecederaan dari kemalangan.
PUNCA 4 : Jangkitan dan Barah
Walaupun punca ini bukanlah penyebab utama kepada masalah sakit belakang, namun jangkitan boleh menyebabkan rasa sakit jika melibatkan vertebrae, osteomyelitis, ataupun apabila melibatkan disc di antara vertebrae (discitis).
Barah, juga dianggap jarang
menyebabkan sakit belakang.Hal ini kerana barah jarang bermula dari belakang
badan, selalunya bermula dengan organ-organ dalaman. Sekiranya berlaku barah
pada tulang belakang, ia ada kemungkinan disebabkan barah yang bermula dari
bahagian badan yang lain.
PUNCA 5: Tekanan Diri (Stress)
Walaupun sakit belakang sering kali
dikaitkan dengan masalah fizikal, perlu diingat juga bahawa emosi dan tekanan
jiwa boleh mengakibatkan sakit belakang dan menentukan berapa lama ia akan
bertahan.
Tekanan diri boleh memberikan kesan
yang negatif kepada badan, termasuklah menyebabkan otot belakang menjadi tegang
dan menyakitkan. Sekiranya tekanan diri anda tidak di atasi dengan betul, ia
boleh berlarutan.Selain itu, insomnia dan kurang tidur juga boleh
mengakibatkan sakit belakang.
CARA MERAWAT DAN MENGHILANGKAN SAKIT
BELAKANG
1. Kurangkan Baring
Kajian menunjukkan bahawa seseorang
yang menghidapi masalah sakit belakang jangka masa yang singkat mengalami
kesakitan yang lebih jika mereka tidak kekal aktif dalam kehidupan seharian mereka.
Berdasarkan Mike Flippin, MD, pakar
bedah tulang belakang di San Diego menyatakan bahawa sesiapa yang mengalami
sakit belakang, perlu bergiat aktif dan kerapkan melakukan pergerakan badan.
2. Banyakkan
Senaman
Pergerakan dan senaman boleh membantu
perkembangan tulang belakang. Tidak kiralah senaman apa yang anda akan lakukan,
bahkan dengan sekadar berjalan bersiar-siar di taman boleh membantu
mengurangkan masalah tulang belakang.
Dengan berbuat demikian, anda boleh
memperbaiki kedudukan badan, dan bukan hanya dengan duduk untuk jangka masa
yang lama.
3. Beraktiviti
Dalam Kedudukan Yang Betul
Kebanyakan masalah sakit belakang
juga boleh dikaitkan dengan kedudukan yang tidak tepat semasa beraktiviti, ini
merangkumi semasa anda duduk, berdiri, berlari dan mahupun tidur.
Kedudukan yang tidak betul dan tepat
dengan pergerakan yang anda lakukan boleh memberikan tekanan yang lebih kepada
tulang belakang.
Ini menyebabkan anda merasa
kesakitan semasa melakukan perbuatan tersebut. Kesakitan tersebut boleh
memberikan rasa sakit semasa ataupun selepas anda melakukannya.
4. Dapatkan Nasihat Daripada Pakar
Dapatkan panduan dan senaman yang
khusus adalah perkara yang penting sekiranya anda ingin mengatasi masalah sakit
belakang yang kronik.Sakit belakang ini tidak boleh dirawat dengan satu jenis
ubat dan senaman.
Anda perlu mencari seorang pakar
dalam tulang belakang dan mendapatkan nasihat daripada mereka. Minta mereka
mencadangkan cara untuk memperbaiki masalah tersebut.
5. Kuatkan Anggota Badan Anda
Mempunyai otot yang kuat boleh
membantu anda dalam mengatasi masalah sakit belakang.Selain itu dengan gabungan
tulang belakang yang kuat, juga boleh membantu anda memperbaiki masalah sakit
belakang.
Dengan hal demikian, anda perlu
mengambil makanan yang mempunyai kuantiti protein dan kalsium yang tinggi.
6. Pertingkatkan
Tahap Fleksibiliti
Memberikan tekanan yang tinggi
kepada badan boleh menyebabkan masalah sakit belakang. Hal ini boleh diatasi
dengan anda meningkatkan tahap fleksibiliti badan anda.
Dengan ini, badan anda
boleh menyesuaikan diri dalam kebanyakan keadaan.
Boleh boleh tingkatkan tahap
fleksibiliti badan dengan senaman memanaskan badan, sepertimana yang anda
lakukan sebelum melakukan senaman yang berat. Perkara yang perlu dititik
beratkan adalah regangan pada badan anda.
7. Menggunakan Teknik Penenang
Kajian membuktikan bahawa aktiviti seperti meditasi, mengambil nafas panjang, tai chi dan lain-lain boleh membantu menghilangkan sakit belakang. Jiwa akan berhubung dengan anggota badan anda, Sekiranya fikiran anda sedang bercelaru, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada badan anda.
Pad ais
dan pad haba boleh melegakan otot semasa bersenam. Para doktor mencadangkan
pemakaian pad ais 48 jam setelah mengalami kecederaan dan gantikannya dengan
pad haba sejurus selepas itu.
Namun
begitu, semuanya terserah kepada anda jika anda lebih selesa dengan mana-mana
pad. Asalkan kulit dan kawasan yang sakit itu dilindungi dengan baik.
9. TIDUR DENGAN
POSISI YANG BETUL.
Dapatkan
masa tidur yang cukup adalah penting, sama juga posisi anda tidur. Sekiranya
anda tidur dalam posisi yang tidak tepat ataupun tidur diatas tilam yang tidak
sesuai boleh menyebabkan sakit belakang.
Sekiranya
anda dapati anda mengalami masalah tidur, mungkin beberapa tips ini boleh
membantu.Letakkan bantal di bawah buku lali anda.Ini boleh menetapkan posisi
anda semasa tidur.Elakkan tidur meniarap kerana boleh memberikan tekanan kepada
belakang.
10. BERHENTI MEROKOK
Selain
menyebabkan kanser dan memusnahkan paru-paru anda, merokok juga salah satu
faktor berlakunya masalah sakit belakang.Kajian dilakukan oleh Jurnal Perubatan
Amerika membuktikan bahawa perokok mempunyai kecenderungan untuk mendapat
masalah sakit belakang berbanding dengan bukan perokok.
Nikotin
boleh menyebabkan pengecilan urat darah dan menghadkan oksigen kepada tisu-tisu
yang memerlukan. Dan ini menyebabkan rasa sakit dalam jangka masa yang lama.
11.Terapi
Emosi dan tekanan juga memainkan peranan dalam masalah sakit belakang. Dengan menjalani terapi, anda boleh meringankan kesakitan sakit belakang. Anda juga boleh merawat masalah ini secara total dengan kaedah dan pendekatan yang betul.
12.Memakai Pendakap Badan Yang Sesuai
Pendakap
badan ataupun pendakap otot (braces) boleh menguatkan otot badan anda. Pendakap
boleh memberikan tekanan kepada badan seperti mana aktiviti mengangkat
berat.
Namun jangan terlalu memaksa, kerana boleh menyebabkan masalah lain kepada badan. Buat permulaan anda boleh memakainya selama 15 minit dan berikan badan anda berehat seketika.
Pemakaian yang berpanjangan akan menyebabkan badan anda lemah dan otot juga akan letih. Setelah beberapa hari barulah pesakit digalakkan memakai selama yang mungkin kerana badan telah dapat menyesuaikan diri dengan baju pendakap tersebut.
Jika anda
sedang mencari produk selain daripada memakan ubat ubatan,maka saya
mengesyorkan anda untuk mencuba produk WAIST SUPPORT ini.
Ia merupakan baju yang
menyokong dan menegakkan kedudukan tulang belakang anda.
Di samping itu juga
produk ini disarankan penggunaannya oleh doktor doktor pakar diseluruh dunia.
Antara kebaikan produk ini adalah:-
- Produk yang dicipta untuk menyokong tulang belakang dan mengurangkan
kesakitan akibat aktiviti harian.
- Berfungsi diantara bahagian bawah tulang rusuk
dengan tulang pinggul (S1, L5, L4, L3, L2, L1, T12, T11).
- Dicipta dan diperkenalkan oleh doktor bedah tulang
hasil dari eksperimen dan penelitian terhadap para pesakit.
- Sesuai digunakan ketika melakukan
aktiviti seharian mahu pun ketika tidur.
- Boleh dibasuh menggunakan tangan
atau mesin.
- Dibuat daripada cotton untuk mencegah iritasi kulit.
- Mudah dipakai dan ditanggalkan.
- Rekaan yang ergonomic memberikan keselesaan yang
maksimum.
- Kuat dan tahan lama.
- Variasi ukuran pinggang bertujuan
hasil yang maksimum.
Ukuran pinggang dan
harga
·
(23-24 inches) =size M -RM110
·
(35-39 inches)= size M+extender-RM120
·
(40-44 inches)=size XL-RM120
·
(45-50 inches)=size
XXL-RM140
·
(51-56 inches)=size
XXL+extender-RM150
Waist Support
Jadi tunggu apa lagi hubungi saya untuk pembelian
Baju Waist Support ini !!!
Msg/Whatsapp=012-6774094
Ahmad Danial B. Mohd Arif
Maybank=152050062027



















No comments:
Post a Comment